SELAMAT DATANG KE KELAS ONLINE
SEJARAH TINGKATAN 5
17/4/2020 JUMAAT 2.30 PM
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU1948
GOOGLE MEET
5B/5D/5F/5J
SOALAN
Perjanjian PTM 1948, telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 antara Raja-Raja Melayu dengan British di King House, Kuala Lumpur.
a)Bagaimanakah orang Melayu berjaya mempengaruhi British membentuk PTM 1948? [8 markah]
cadangan jawapan
Bagaimanakah INGAT kata kuncinya jawapan kamu MESTI ada LANGKAH*CARA*USAHA*
- F1- Menunjukkan ketegasan dalam penentangan
- H1 dibawah pimpinan Dato Onn Jaafar
- F2 Perpaduan orang Melayu
- H2 terdiri daripada golongan raja dan rakyat
- F3 Sikap politik orang Melayu yang sederhana
- H3amemujuk dan mendesak British
- H3b tidak mengangkat senjata seperti PKM.
- F4 Dato Onn menyeru orang Melayu berkongres.
- H4a menubuhkan UMO(United Malays Organisation)
- H4b sebagai benteng menentang Malayan Union (MU)
- F5 UMNO tidak menuntut kemerdekaan.
- H5 hanya mendesak agar MU dibubarkan.
b. Apakah manfaat PTM 1948 kepada orang Melayu? [8 markah]
Manfaat..INGAT kata kunci * Manfaat/kebaikan/faedah/kepentingan/nilai positif
cadangan jawapan...
- F1 asas pentadbiran negara/sultan menjadi ketua negeri/sultan berkuasa melantik Menteri Besar/MB mengetuai pentadbiran negeri.
- F2 Mengasaskan sistem pembahagian kuasa/antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri/bentuk senarai persekutuan/senarai negeri
- F3 Syarat kerakyatan diperketat/jus soli hanya untuk rakyat Raja Melayu
- F54Hak istimewa orang Melayu/penduduk pribumi dilindungi/Institusi Raja-raja Melayu kekal/konsep Raja Berperlembagaan dilaksanakan/bidang kuasa dan kedudukan raja jelas dalam pentadbiran.
- F5 Undang-undang Tubuh Negeri/perlembagaan bertulis negeri ada kekal kini.
Soalan c…KBAT
c) Rakyat itu umpama akar, raja itu umpama pohonnya. Jikalau tiada akar, nescaya pohon tidak akan dapat berdiri…..salalatus salatin..Tun Sri Lanang.
Buktikan perumpamaan tersebut berdasarkan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948. [4markah]
BUKTIkan...INGAT kata kunci...*HURAI DAN HURAI LANJUTAN*
Cadangan Jawapan c
- Perpaduan raja dan rakyat berjaya membubarkan Malayan Union (MU)
- Rakyat ingin mempertahankan kedudukan Raja
- Raja Raja Melayu(RRM) terus menjadi ketua negeri
- RRM ketua agama Islam
- RRM menyokong penentangan MU.
- RRM telah berkumpul di Kuala Kangsar untuk menyatakan bantahan.
- Sambungan c
- British mengadakan rundingan dengan RRM dan UMNO bagi membentuk sistem politik yang baru.
- PTM 1948 prinsip Rakyat Raja Melayu diperkenalkan
- Prinsip ini membuktikan rakyat Melayu wujud kerana ada raja.
- Institusi Raja diperkukuhkan
- Raja dan rakyat saling bekerjasama demi memastikan warisan bangsa Melayu terus dipelihara.
- (mana-mana yang munasabah)
SEKIAN..TERIMA KASIH
Semoga anda semua dapat memahami tajuk PTM 1948
Semoga berjumpa lagi
WORK FROM HOME../googlemeetsejarah
Szd/14April2020/4.24pm⏮⏮
Tiada ulasan:
Catat Ulasan